Posts

Showing posts from January, 2018

Cara mengatasi stress

Image
Assalamualaikum semua Hari ni mama nak bagi tips mengatasi stress.. Ramai yang alami stress sekarang ni kan mungkin di sebabkan oleh masalah kewangan, cinta, kerja macam macam la..Dunia kini semakin mencabar..Jangan stress sangat ye sebab akan pengaruhi hidup kita seharian ..Contohnya bila bangun pagi je dah stress, ha confirm mood pn kelaut kan..so sepanjang hari kita akan stress dan moody.. tak syok la kan.. Jika kita inginkan kehidupan yang gembira, kita haruslah bijak mengatasi stress.Jom tengok tips @ panduan untuk tangani stress. 1. Jangan tinggal solat  Solat lah 5 waktu..Berdoa agar di beri petunjuk dan ketenangan supaya apa jua masalah dapat di selesaikan dengan baik.   Doa hilangkan stress 2. Positif  Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan

Di sini Bermula

Image
Assalamualaikum semua Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan berkat dari yang maha ESA. Alhamdulillah dapat semangat baru untuk buat blog baru sebab blog lama dah lama  di tinggalkan kesepian tanpa khabar berita 😅 So nak kenalkan diri la kat semua..Nama mama sebenar Silawati Mohd Zulkifli boleh panggil mamalala,sila,wati, lala ikut keselesaan semua ye..Mama suri rumah sepenuh masa dah hampir 5 tahun..Habiskan masa kat rumah jaga anak-anak dan suami sambil buat bisnes online dan offline..Mama ada 2 orang anak lelaki, Muhammad Faiq Amsyar 4tahun dan Muhammad Uwais Al mu’izz 2 tahun..Suami kerja gov biasa-biasa je.. Mama sekarang kat dungun terengganu.Sebelum ni duk kota tinggi johor 5tahun.. Alhamdulillah bulan 10 tahun lepas rezeki dapat balik negeri sendiri 😊 Tu je la dulu pasal mama..Kat bawah ni mama ada tepek gambar family mama ye Gambar last year 😅 Ok semua.. Assalamualaikum