Cara mengatasi stress


Assalamualaikum semua
Hari ni mama nak bagi tips mengatasi stress.. Ramai yang alami stress sekarang ni kan mungkin di sebabkan oleh masalah kewangan, cinta, kerja macam macam la..Dunia kini semakin mencabar..Jangan stress sangat ye sebab akan pengaruhi hidup kita seharian ..Contohnya bila bangun pagi je dah stress, ha confirm mood pn kelaut kan..so sepanjang hari kita akan stress dan moody.. tak syok la kan..

Jika kita inginkan kehidupan yang gembira, kita haruslah bijak mengatasi stress.Jom tengok tips @ panduan untuk tangani stress.
1. Jangan tinggal solat 
Solat lah 5 waktu..Berdoa agar di beri petunjuk dan ketenangan supaya apa jua masalah dapat di selesaikan dengan baik.  


Doa hilangkan stress
2. Positif 
Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.
3. Kawal emosi  
Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Cuba mengawal emosi semoga kita menjadi lebih tenang dan tidak bertindak melulu jangan biarkan emosi mengawal fikiran kita.. 


4. “Me time” @ Ambil masa anda 


Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran kita yang sedang bercelaru.Bersendiri seketika di tempat kegemaran @ cari tempat yang tenang agar kita boleh berfikir dengan aman dan dapat mengurangkan stress..
5. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda 
Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.
Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan. Walau apa jua tekanan yang kita hadapi hadapi la dengan hati terbuka. Semoga apa yang mama kongsikan dapat membantu sedikit sebanyak untuk yang tengah stress. 


Hidup ini indah dan sementara.Nikmati dan hargai la setiap detik yang di kurniakan kepada kita semua...Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas apa yang kita nikmati..Mama undur diri dulu..lain kali sambung lagi ye semua..Assalamualaikum..

Comments

Popular posts from this blog

MENU SIHAT

HERBA MAHARANI