SELAMAT PENGANTIN BARU

Assalamualaikum semua..

Hari ni mama nak cerita pasal weekend lepas..Mama balik kampung mother in law (MIL)
kat kampung permatang gading pasir puteh..sape pernah pergi pasir puteh @ orang pasir puteh? Meh say hai sikit.kot2 kalau terjumpa kat pasir puteh boleh kenal2 hee..

Kat kampung mil mama line fon memang slow la sangat..celcom ke maxis ke umobile ke macam siput hah..kalau digi ok sikit..so mereput je la kat rumah kalau tak pergi mana2..

Anak vs bapak

Bertiga sebab si abang tidur kat belakang


Tapi sabtu lepas mama ada jemputan kenduri kat tanah merah, kenduri kawan suami mama...
So hari sabtu sebelum balik dungun kitorang pergi kenduri dulu..Kawan suami duduk kat Felda Kemahang 3, Tanah Merah..Kitorang pergi rumah pengantin lelaki dulu sementara pengantin siap..


Dalam pukul 3 petang baru kitorang gerak ke rumah pengantin perempuan dekat tanah merah jugak cuma dia duduk kampung lain..nama kampung tu gual ipoh..Fisrt time mama pergi kampung tu..

Ni mama tunjuk gambar dengan pengantin, gambar makanan mama tak sempat snap sebab duk kalut dengan askar 2 orang ni hihi.. Pihak perempuan masak gulai kawah daging campur buah ara, ayam masak merah, acar timun masak (ni favourite mama kalau pergi kenduri kat kelantan hihi), ada ikan kering, kerabu pucuk paku dan bubur kacang hijau.


Ni je pic yang elok sikit :)


Abaikan muka pengantin masam tu ye



Bukan senang nak ambil gambar dengan askar dua ni..Si abang sibuk tenung coklat kat hantaran , si adik plak tak nak bergambar pastu nangis..mama papa steady haha...


Tu yang sebelah pengantin kawan suami dengan tunang dia..Ni
pun tak lama lagi nak naik pelamin jugak


Lepas je kenduri terus gerak balik dungun, yela ahad kan cik suami kerja...Ok la tu je hihi
Nanti mama update lagi ye...Assalamualaikum 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MENU SIHAT